Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai watak dan perwatakan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tingkatan 4. Sampel kajian melibatkan seramai 29 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penguasaan teknik pengajaran watak dan perwatakan drama Anna. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian, analisis dokumen (latihan pengukuhan) dan temubual yang menunjukkan murid lemah terhadap penguasaan watak dan perwatakan drama Anna. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan struktural diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam aspek pembelajaran subjek ini. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan struktural yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam penguasaan watak dan perwatakan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai lakonan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Kesusasteraan Melayu di peringkat SPM.


BERIKUT MERUPAKAN PAUTAN UNTUK VIDEO KAJIAN INI:

Kajian tindakan Kesusasteraan Melayu (UPSI)



Fokus kajian merupakan perkara yang menjadi keutamaan dalam menjalankan kajian ini. Fokus kajian ini wujud apabila pengkaji mendapati terdapat pelbagai masalah yang merencatkan suasana pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Namun pengkaji hanya memfokuskan tentang penguasaan subjek kajian terhadap apa yang diajar oleh pengkaji pada sesi pengajaran dan pemudah cara. Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan subjek kajian terhadap watak dan perwatakan yang diajar oleh pengkaji di dalam kelas. Penggunaan teknik gabung laung (Chunking dan Shout Out) dan teater pembaca adalah salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman subjek kajian terhadap perkara yang ingin disampaikan dalam proses pengajaran dan pemudah cara di dalam kelas. 

BERIKUT MERUPAKAN PAUTAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKUKAN:










0 comments:

Post a Comment

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL
bakal guru Kesusasteraan Melayu

MAHASISWA KESUSASTERAAN MELAYU UPSI

Siaran Popular