OBJEKTIF

Terdapat empat objektif utama yang menjadi teras dalam kemahiran pengukuran atau peneguhan ini. Antaranya ialah:
  • ·         Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan (peneguhan).
  • ·         Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)
  • ·         Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran pembelajaran
  • ·         Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

KEMAHIRAN PENGUKUHAN.

Kemahiran ini merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu. 

Menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :

  • Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.
  • Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.


Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

GURU : apakah yang dimaksudkan dengan tema?
AMIN : tema adalah teras yang mendominasi sesebuah cerita
GURU : Bagus

Sebagai tambahan, peneguhan ini boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.


PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
·        Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
  • ·         Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.
  • ·         Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan.
  • ·     Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan.
  • ·  Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.


OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
  • ·         Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
  • ·         Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.
  • ·     Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
  • ·        Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
  • ·        Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.


KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  • ·         Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
  • ·         Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.
  • ·        Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan
  •     Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.
  • ·         Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.
  • ·         Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

     Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan – positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.

Kursus ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabungjalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Dalam kursus ini juga bakal diajar pada mahasiswa dan mahasiswi Kesusasteraan Melayu tentang gaya dan cara mengajar subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kursus ini mengukuhkan lagi  kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. 

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL
bakal guru Kesusasteraan Melayu

MAHASISWA KESUSASTERAAN MELAYU UPSI

Siaran Popular