klik pautan ini untuk bahan pembelajaran

Mat Piah dan Mr Blackway
Reļ¬‚eksi membantu guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri ketika menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Nor Hasniza Ibrahim (2012), pelaksanaan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berupaya mendidik guru untuk sentiasa menilai, mempertimbang dan mendalami pelbagai dilema yang dihadapi serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meleraikan kekusutan, sedar dan berwaspada terhadap nilai-nilai yang dipertekankan dalam pengajaran, peka terhadap budaya dan persekitaran sekolah serta bertanggungjawab terhadap pembangunan professional. Dengan ini, guru dapat melakukan penambahbaikan dalam pengajaran di dalam kelas. Berikut merupakan pautan untuk refleksi makro pengajaran yang telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail  untuk makro satu dan makro dua. makro pengajaran tiga pula telah dijalankan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Pautan Makro Pengajaran 1
refleksi 1

Pautan Makro Pengajaran 2

Pautan Makro Pengajaran 3







Berikut merupakan penilaian yang dilakukan oleh Cikgu Izzati Hanis terhadap makro pengajaran 2 yang telah dijalankan di SMK Tun Ismail yang lepas berdasarkan video yang telah di muat naik.

Penilaian Macro 2

Berikut merupakan penilaian yang dilakukan oleh Cikgu Syuhada terhadap makro pengajaran 2 yang telah dijalankan di SMK Tun Ismail yang lepas berdasarkan video yang telah di muat naik.

penilaian macro 2
Rancangan Pengajaran Harian Macro pengajaran ini boleh diakses melalui pautan tersebut:

rancangan pengajaran 3

Makropengajaran 3 ini telah dilakukan terhadap sebahagian pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) Universiti pendidikan Sultan Idris sebagai persediaan awal kami sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Makropengajaran 3 ini pada dasarnya menskopkan kepada pengaplikasian segala kemahiran yang kebiasaannya akan dilakukan oleh guru untuk menguji keberkesanan sesi pengajaran dan pemudah cara berlangsung. Proses ini dijalankan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris


Video makropengajaran tersebut boleh dilihat melalui pautan tersebut: 

makro pengajaran 3







Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai watak dan perwatakan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tingkatan 4. Sampel kajian melibatkan seramai 29 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penguasaan teknik pengajaran watak dan perwatakan drama Anna. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian, analisis dokumen (latihan pengukuhan) dan temubual yang menunjukkan murid lemah terhadap penguasaan watak dan perwatakan drama Anna. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, pendekatan struktural diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam aspek pembelajaran subjek ini. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan struktural yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam penguasaan watak dan perwatakan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai lakonan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Kesusasteraan Melayu di peringkat SPM.


BERIKUT MERUPAKAN PAUTAN UNTUK VIDEO KAJIAN INI:

Kajian tindakan Kesusasteraan Melayu (UPSI)



Fokus kajian merupakan perkara yang menjadi keutamaan dalam menjalankan kajian ini. Fokus kajian ini wujud apabila pengkaji mendapati terdapat pelbagai masalah yang merencatkan suasana pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Namun pengkaji hanya memfokuskan tentang penguasaan subjek kajian terhadap apa yang diajar oleh pengkaji pada sesi pengajaran dan pemudah cara. Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan subjek kajian terhadap watak dan perwatakan yang diajar oleh pengkaji di dalam kelas. Penggunaan teknik gabung laung (Chunking dan Shout Out) dan teater pembaca adalah salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman subjek kajian terhadap perkara yang ingin disampaikan dalam proses pengajaran dan pemudah cara di dalam kelas. 

BERIKUT MERUPAKAN PAUTAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN YANG TELAH DILAKUKAN:










Rancangan Pengajaran Harian Macropengajaran ini boleh diakses melalui pautan tersebut:



Makropengajaran 2 ini telah dilakukan terhadap sebahagian pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) Universiti pendidikan Sultan Idris sebagai persediaan awal kami sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Makropengajaran 2 ini pada dasarnya menskopkan kepada pengaplikasian segala kemahiran yang kebiasaannya akan dilakukan oleh guru untuk menguji keberkesanan sesi pengajaran dan pemudah cara berlangsung. Proses ini dijalankan di SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Video makropengajaran tersebut boleh dilihat melalui pautan tersebut: 


Pengajaran Kesusasteraan Melayu (Makropengajaran 2)






Makropengajaran 1 ini telah dilakukan terhadap sebahagian pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) Universiti pendidikan Sultan Idris sebagai persediaan awal kami sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Makropengajaran 1 ini pada dasarnya menskopkan kepada pengaplikasian segala kemahiran yang kebiasaannya akan dilakukan oleh guru untuk menguji keberkesanan sesi pengajaran dan pemudah cara berlangsung.

Rancangan pengajaran yang lengkap boleh dilihat pada pautan berikut:

rancangan pengajaran 1

Video makropengajaran tersebut boleh dilihat melalui pautan tersebut: 

Makropengajaran 1 Kesusasteraan Melayu








Ulasan dan komen oleh juri dan pensyarah subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 terhadap simulasi pengajaran menggunakan kemahiran peneguhan.

ulasan daripada Nur Fitri liyana


ulasan daripada Muhammad Azam

ulasan daripada pensyarah terhadap rancangan pengajaran harian yang digunakan



bahan Alat Bantu Mengajar yang dikomen dan diperbetulkan oleh pensyarah

contoh jawapan yang dibuat oleh pelajar semasa simulasi berlangsung

Simulasi ini telah dilakukan terhadap sebahagian pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu (Pendidikan) Universiti pendidikan Sultan Idris sebagai persediaan awal kami sebelum menjalani latihan mengajar di sekolah. Simulasi ini pada dasarnya menskopkan kepada pengaplikasian kemahiran peneguhan yang kebiasaannya akan dilakukan oleh guru untuk menguji keberkesanan sesi pengajaran dan pemudah cara berlangsung. Video Simulasi tersebut boleh dilihat melalui pautan tersebut: 


https://www.youtube.com/watch?v=JgN97x0i3Rw




OBJEKTIF

Terdapat empat objektif utama yang menjadi teras dalam kemahiran pengukuran atau peneguhan ini. Antaranya ialah:
  • ·         Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan (peneguhan).
  • ·         Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)
  • ·         Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran pembelajaran
  • ·         Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

KEMAHIRAN PENGUKUHAN.

Kemahiran ini merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu. 

Menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :

  • Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.
  • Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.


Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

GURU : apakah yang dimaksudkan dengan tema?
AMIN : tema adalah teras yang mendominasi sesebuah cerita
GURU : Bagus

Sebagai tambahan, peneguhan ini boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.


PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
·        Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
  • ·         Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.
  • ·         Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan.
  • ·     Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan.
  • ·  Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.


OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
  • ·         Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
  • ·         Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.
  • ·     Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
  • ·        Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
  • ·        Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.


KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  • ·         Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.
  • ·         Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.
  • ·        Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan
  •     Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.
  • ·         Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra.
  • ·         Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

     Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan – positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.

Kursus ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian). Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabungjalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Dalam kursus ini juga bakal diajar pada mahasiswa dan mahasiswi Kesusasteraan Melayu tentang gaya dan cara mengajar subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kursus ini mengukuhkan lagi  kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. 

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL

MUHAMMAD ANWAR BIN MOHD FADZIL
bakal guru Kesusasteraan Melayu

MAHASISWA KESUSASTERAAN MELAYU UPSI

Siaran Popular